PENERANGAN :
Skala vernier digunakan untuk membolehkan kita membaca tanpa teragak-agak sekiranya ukuran itu terletak diantara dua tanda sengatan pada satu-satu skala. Oleh itu angkup vernier mestilah mempunyai dua skala iaitu skala utama dan skala vernier, sengatan pada skala utama dibuat lebih besar daripada skala vernier dan perbezaan antara skala utama dengan skala vernier merupakan bacaan yang paling kecil yang boleh dibuat.
Pengenalan angkup vernier.
1.1
Kelebihan menggunakan angkup vernier dengan mikrometer ialah dimana mikrometer hanya boleh membuat satu bahagian bacaan sahaja manakala angkup vernier tiga bahagian bacaan luar dan dalam bendaa kerja seperti diameter dalam dan diameter luar, lebar alur dan tebal benda kerja. Manakala fungsi ketiga adalah untuk megukur dalam atau tinggi benda kerja.

RAJAH 1.1. : ANGKUP VERNIER
1.2 Angkup vernier merupakan alat pengukur jitu yang boleh mengukur dengan ketepatan sehingga
0.02 mm. Ankup vernier, lazimnya digunakan dalam bengkel kejuruteraan dan juga untuk aktiviti
pengukurandan pengujian produk dalam kawalan kualiti.
1.3 Angkup vernier mempunyai dua skala, iaitu skala utama dan skala vernier.
DEFINISI ANGKUP VERNIER
2.1 Angkup vernier merupakan alat pengukur jitu yang boleh mengukur dengan ketepatan sehingga
0.02 mm. Digunakan dalam bengkel kejuruteraan dan juga untuk aktiviti pengukuran dan
pengujian produk dalam kawalan kualiti.
BAHAGIAN-BAHAGIAN ANGKUP VERNIER.

Rajah 3.1 : BAHAGIAN-BAHAGIAN PADA ANGKUP VERNIER
3.2 Skala Utama :-
Skala utama terletak pada sebilah pembaris keluli yang mempunyai senggatan dalam unit metrik dan inci. Saiz angkup vernier ini ditentukan oleh panjang skala utama.
Skala Vernier :-
Skala vernier boleh dikesotkan disepanjang skala utama.
Rahang :-


Rajah 3.2 : KEGUNAAN RAHANG ATAS Rajah 3.3 : KEGUNAAN RAHANG BAWAH
Skru Pengunci :-
Skru ini berfungsi sebagai pengunci skala vernier. Skru pengunci digunakan supaya kedudukan ukuran tidak berganjak semasa angkup vernier dikeluarkan daripada benda kerja.
Bilah :-
Bilah merupakan satu kepingan logam yang kecil dan panjang. Bilah boleh digerakkan keluar atau masuk dalam lurah dibahagian belakang angkup apabila rahang dibuka. Bilah berfungsi untuk mengukur dan menguji kedalaman lubang, lurah dan bahu.
4.1 Prinsip membaca angkup vernier :-
- Angkup vernier mempunyai dua skala, iaitu skala utama dan skala vernier. Skala utama
dan skala vernier perlu digunakan bersama-sama untuk mendapatkan bacaan yang tepat.
- Dengan menggunakan skala vernier, ukuran paling kecil yang tidak boleh dibaca oleh skala
utama boleh dibaca.
- Langkah utama yang perlu diberi perhatian semasa menggunakan sesuatu alat vernier
ialah pastikan kejituan yang boleh diukur oleh angkup tersebut.
- Dalam kerja kejuruteraan, kejituannya ialah 0.02mm dan 0.05mm.
4.2 Menentukan ukuran skala vernier 0.02 mm :-
- Bagi skala utama, tiap-tiap satu sengatan bersamaan dengan 1mm dan penomboran dibuat
pada setiap 10 sengatan.
- Skala vernier pula telah disenggatkan kepada 50 bahagian yang sama dan berukuran 49
mm panjang. Sengatan ke-50 skala vernier akan sejajar dengan senggatan ke-49 pada
skala apabila angka sifar pada kedua-dua skala diletakkan pada kedudukan yang sejajar.
Kaedah mendapatkan nilai satu senggatan pada skala vernier :
|

a) Bacaan skala utama
32 x 1 = 32.00 mm
b) Bacaan skala vernier senggatan ke-13 yang sejajar dengan salah satu garisan pada skala utama
13 x 0.02 = 0.26
c) Bacaan akhir angkup
32.00 mm + 0.26 mm = 32.26 mm
4.3 Menentukan ukuran skala vernier 0.05 mm :-
- Bagi skala utama, tiap-tiap satu senggatan skala vernier bersamaan dengan 1 mm dan
penomboran dibuat setiap 10 senggatan.
- Skala vernier yang berukuran 19 mm telah disenggatkan kepada 20 bahagian yang sama.
- Apabila senggatan ke-20 pada skala vernier sejajar dengan senggatan ke-19 pada skala
utama, bermakna angka sifar dikedua-dua skala telah dilatakkan pada kedudukan yang
sejajar.
- Tolakkan 1 mm (nilai senggatan pada skala utama) dengan nilai satu senggatan skala
vernier untuk mendapatkan perbezaan nilai bagi senggatan skala utama dengan skala
vernier.
|
Contoh :-

a) Bacaan skala utama = 30.00 mm
b) Bacaan skala vernier apabila senggatan ke-7 sejajar dengan salah satu garisan pada skala utama
7 x 0.05 = 0.35 mm
c) Bacaan akhir angkup
30.00 + 0.35 = 30.35 mm
Soalan :
1. Nyatakan bahagia-bahagian utama angkup vernier ?
....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
2. Terangkan prinsip bacaan bagi angkup vernier ?
....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
3. Nyatakan bacaan angkup vernier dalam gambar yang berikut :


RUJUKAN
Buku Teks Pengajian Kejuruteraan Mekanikal ( Kaharrudin Bin Ismail, Azmi Bin Mohd Yassir, Ramli Bin Asun)